Wednesday, 8 August 2012

Ramadhan Osem =)






Sebuah istana. Memang cantik. Tersergam indah. Mahligai istana sangat-sangat diimpikan oleh semua kerana kecantikannya. Tapi, kalau keadaan dalam istana itu kucar-kacir, hilanglah kekaguman kita pada keindahan istana yang diceritakan awal tadi bukan?  Macam tu la jugak dengan bulan Ramadhan :) Kedatangannya dinanti oleh seluruh umat Islam, malah rahmat Allah itu adalah buat sekalian alam. Allah menghadiahkan bulan penuh barakah untuk kita semua. Penghulu bagi segala bulan. Ramadhan, bulan yang tak terperi indahnya. Tapi, andai kita menghuru-harakan bulan ini dengan amalan-amalan yang tidak sepatutnya, maka hilanglah segala kenikmatan. Kecantikan dikaburi oleh tompok-tompok kulat yang mencacatkan pemandangan.




"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa," (Al-Baqarah : 183)



Puasa melahirkan taqwa dalam hati kita. Bagaimana? Apabila puasa kita puasa yang berkualiti. Puasa yang bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata. Bukan yang faedahnya tampak secara zahir sahaja. Puasa berkualiti dan yang diharapkan oleh Allah perlu lebih dari itu, menjaga setiap anggota tubuh badan dari melakukan maksiat dan perkara sia-sia dan paling penting sekali, menjaga hati kita.

Allah sangat kasih dan cinta akan kita, sehinggakan Allah menghadiahi kita, sebuah bulan khas, iaitu bulan Ramadhan. Ramadhan ialah bulan yang mana menjadi bulan mendidik dan melatih. Melatih hati kita untuk mengawal segala tindakan yang dilakukan oleh anggota tubuh badan kita yang zahir. Dengan itu, lahirlah taqwa. Perkara spiritual yang didapati daripada perkara fizikal.

Tarik nafas dalam-dalam, dan hembus ia perlahan-lahan. Renung sejenak. 

Cuba kita muhasabah diri kita, sebanyak mana kita sudah melalui Ramadhan yang betul-betul mentarbiyah diri dan hati-hati kita? Yang mampu menghadapi 11 bulan yang seterusnya dengan baik? Sebanyak mana amalan-amalan kita di bulan Ramadhan dapat dikonsistenkan selepas tempoh itu? Bagi yang sudah merasai kenikamatan Ramadhan yang betul-betul memberi kesan dan perubahan kepada diri, Alhamdulillah :) Semoga terus-terusan mujahadah dan istiqomah. Bagi yang belum, jangan bersedih hati. Masih ada peluang buat diri kita. Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Tambahan lagi, kita sudah memasuki fasa terakhir bulan Ramadhan yang kemungkinan besarnya mengandungi malam lailatul qadar.




"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam qadar." [1]
"Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?" [2]
"Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan." [3]
"Pada malam itu turun para malaikat dan Ruh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur semua urusan." [4]
"Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar." [5]




Subhanallah! Betapa besarnya nikmat Allah. Sudahlah bulan Ramadhan itu sudah tersedia penuh dengan kerahmatan, ditambah pula dengan malam lailatul qadar yang lebih baik dari seribu bulan.

Jadi, atas alasan apa lagi kita tak mahu berubah dan mengejar kenikmatan ini?
Jom pulun ibadah sepanjang 10 malam terakhir ini! Moga Allah redha. InsyaAllah.

-Biar diri kita juga jadi osem sepertimana Ramadhan yang osem ini-

3 comments:

  1. just a great article,awesome...keep it up!!! ^_^

    ReplyDelete
  2. keep it up, rujuk AGP untuk ayat ayat yang lebih menarik dan lucu !

    ReplyDelete
  3. nice artikel Afza..teruskan menulis ye:)

    ReplyDelete