Tuesday 28 February 2012

Dia sentiasa bersama kita :D


Aku tak keseorangan
kerana ALLAH sentiasa meneman
ke hujung dunia aku berjalan
tetap di sisi tidak berniat untuk meninggalkan
walaupun aku dalam kelam kegelapan
Dia sentiasa ada meneman
Jikalau aku dalam kesenangan
Pasti Dia ada untuk berkongsi kegembiraan
Apatah lagi bila aku dalam kesusahan
Dia pasti menghulurkan bantuan
Menjadi tempat perkongsian
Mendengar dengan penghayatan
Walaupun Dia Maha Pengetahuan
Dia memberi sejuta ketenangan
Memberi sejuta pengharapan

Aku suka bercerita

Dia mendengar dengan gembira
Aku suka meminta
Dia memberi apa saja
Apa yang aku minta
Pasti akan ditunaikan-NYA
Kekadang terus ditunaikan-NYA
Tapi kadangkala ditangguhkan dulu untuk sementara
Bukan kerana terlupa
Tapi untuk menguji aku sebagai hamba-NYA
Ada ganjaran di akhirat nanti
Kalau itu terjadi
Aku minta sabar diberi
Pasti Dia akan bagi
Aku pasti

Dia kuat memberi janji

Tapi Dia juga menepati
Tak pernah sekali Dia ingin mungkiri
Janji antara aku dengan Dia yang telah terpatri

Merindui Mu bukan perkara sia-sia

Mencinta Mu takkan bertemu kecewa
Menyayangi Mu selalu diulit bahagia
Aku gembira


Aku cinta ALLAH

Aku rindu ALLAH
Aku sayang ALLAH
Namun aku pasti,
Kasih dan sayangku masih terbatas
Kerna aku cuma hamba yang kerdil

Ya Rahman,

Maafkan aku kerana kadangkala aku terlupa
Aku alpa
Kerana aku manusia biasa
tapi juga yang pasti
Aku tidak akan kesepian
kerana Allah sentiasa menjadi peneman.



Monday 20 February 2012

Isu Paling HOT



Bila sentuh isu muraqib,
mula la akhawat sedih dan terasa,
syabab pula tak habis2 luahkan rasa.

bukan tulis entri tuk cari publisiti

atau mahu cari pasal,
tapi dah tak tahan,
tak pernah berkesudahan
isu muraqib dijaja
tak pernah ada penyelesaian.

To be honest,

saya sebagai salah seorang akhawat,
memang kadang2 terasa dengan sindiran dan perlian dari syabab,
tapi,
saya jugak geram dengan segelintir akhawat yg degil dan tak pernah kisah.

Truly,

saya tak pernah nak menyebelahi mana2 pihak.
sebab apa?
sebab ini bukan masalah PERMAI tak ambil berat,
tapi ini masalah individu2 yang tak pernah nak ambil peduli.

Tolonglah!

Berhenti tuding jari sana sini,
salahkan yang itu dan yang ini.

kalau syabab bising2 kat blog or open talk,

semua akhawat cakna dan ambil tindakan ke?
akhawat cerita macam2 pasal muraqib,
yang tak ikhlas la,
yang buat perangai la,
kasihan kat mereka la
dan macam2 lagi,
ingat semua syabab tahu ke?

Kalau macam ni la gayanya,

memang sampai berkurun pun tak kan pernah selesai.
kan?

Cuba masing2 ambil sedikit masa,

fikir elok2 pasal isu ni,
agak2 boleh ke tahu apa puncanya?

Saya tak tahu macam mana cara kalian berfikir

dan sejauh mana kalian pandang isu ni,
tapi,
pada pendapat saya,
semuanya berpunca dengan diri masing2,
kenapa?
sebab masing2 tak komited dengan peranan masing2.

WAHAI AKHAWAT2 YANG SAYA KASIHI,

korang tak kasihan ke pada syabab2 prihatin?
tak kasihan ke pada Kepimipinan PERMAI?
yang selalu rancang bermacam-macam benda
tuk pastikan keselamatan kita terjamin.
pasal ikhlas atau tak,
rungutan dan apa2 jua lagi,
tolaklah ia ketepi,
sebab yang paling penting,
maruah diri sendiri.

WAHAI SYABAB2 YANG SAYA HORMATI,

korang tak kasihan ke pada akhawat2 di sini?
mungkin kami bukan siapa2 dalam hidup korang,
tapi,
sekurang2nya anggap la kami sebagai saudara,
satu famili,
cubalah ikhlaskan hati,
supaya bukan penat sahaja yang korang dapat,
tapi,
ganjaran dari ALLAH yang lebih besar,
tak mampu untuk kita ukur pun kebesarannya.


Harap tiada yang berdendam rasa dengan saya,

namun,
ini bukan sekadar hanya luahan hati dan jiwa,
bukan jua coretan semata-mata,
bahkan,
inilah wadah saya,
bagi menyedarkan anda semua.

SEKIAN.

Tuesday 14 February 2012

ALLAH sangat sweet... :)

Bila masuk sem 2 ni,
terasa sangat kelainannya.
Yela,
dulu amik satu madah,
sekarang dah jadi enam.

Mula2 rasa macam ok lagi,
tp bila dah masuk minggu 2nd,
memang rasa nak pengsan,
mamang penat,
stress,
rasa nak menangis pun ada.

so,
bila dah jadi macam tu,
sy pun tadabbur la ayat al-quran
pabila emosi menguasai diri,
perlu ditenangkan dengan ayat2 suci Al-Quran :)

Alhamdulillah,
kerana Allah sangat sweet,
jadi,
Dia hadiahkan ayat2 di bawah ni untuk sy^^
"Barangsiapa mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui." [Al-Ankabut:5]
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."- Surah Ali Imran ayat 139

SWEET kan?
so,
sy dah kembali bersemangat :)

Wednesday 8 February 2012

Dakwah Itu Penting!

"Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah..." [Ali Imran:110]




Ketika mentadabbur ayat al-quran, saya terjumpa satu ayat...
>Dan datanglah dari hujung kota, seorang laki-laki dengan bergegas dia berkata,
"Wahai kaumku! Ikutilah utusan-utusan itu." <
[Yasin:20]

Seorang senior saya meng'highlight'kan perkataan bergegas yang ada dalam ayat tersebut.
Kerana apa?
Kerana DAKWAH itu SANGAT PENTING.
Tidak boleh ditangguh-tangguhkan walau sesaat,
selagi mana kita masih berdaya,
masih bernafas,
dan yang paling penting,
kita sebagai MUSLIM.

Tanggungjawab kita sebagai muslim
bukan sahaja
menjadi abid yang mukmin
malah
menjadi seorang dai'e
yang sentiasa
menyeru kepada kebaikan
mengahalang kemungkaran
dan
menegakkan panji kebenaran.

"Wahai orang-orang yang beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul,.."
[Al-Anfal:24]




Saturday 4 February 2012

Hari Memperingati Kekasih :)

Salam Maulidur Rasul ^^

Ya Nabi Salam Alayka
Siapa kata saya tak ada buah hati pengarang jantung?
Ada la...
Kekasih saya,
Of course la Nabi Muhammad s.a.w.
---I ♥ Rasulullah---

p/s: sahabat2, jom kita perbanyakkan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w!!

The Prophet (PBUH) has said:
"convey from me even one verse"
[Sahih al-Bukharee]

so,
Let's spread the word of Islam!!

"The only true faith in God's sight is Islam."
[Ali-Imran:67]

so,
again..
Let's follow the Sunnah of Rasulullah(SAW)!

Ikhlaskan hati anda,
jika anda sayang Kekasih Allah :)

InsyaAllah..
moga sentiasa dlm barakah-Nya.
اللهم صلى على محمد و على ال محمد



Thursday 2 February 2012

Cinta

Cinta
Fitrah dalam diri kita..

Tiba2 rasa nak tulis jugak pasal cinta,
sebab...hehe
Sebab semua orang cakap tentang ni,
Saya pun nak jugak ;)


Cinta Sejati hanya cinta akan Illahi
Cinta Kedua kepada Rasulullah s.a.w.
Cinta Tulus dan Suci, cinta akan Mama n Abah
Cinta yang perlu disuburkan dengan ketakwaan,
iaitu cinta sesama insan...

Tapi kali ni,
saya nak share..
Cinta kepada  ehem2Hehe :p


Cinta sebelum kahwin yang terbaik bagaimana?

"Cinta yang apabila kita cinta seseorang itu samada

diluahkan atau dalam diam,

menyebabkan cinta kita kepada Allah makin

bertambah. 


Makin rajin kita bangun tahajjud malam. 


Makin rajin kita baiki diri. 


Makin rajin kita istikharah.

Makin sayang kita pada Allah. Makin kita dekat pada

Allah.

Makin kita rasa bersyukur pada Allah.

Ingat dia, ingat Dia. Tapi lebihkan lagi ingat Dia dari

dia"

>Rusydee Artz | Lukisan Dakwah<

Wednesday 1 February 2012

Ampunilah Daku :(

"Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan."
[Surah AsySyuraa:25]

Ya Allah,
terima kasih kerana masih memberiku peluang,
Semoga aku sedar dari kesilapan ini,
dan tidak mengulanginya semula..
InsyaAllah.