Friday 29 June 2012

Bergurau pun ada batasannya.

Kita manusia,
Tak kan pernah sempurna,
Namun perlu kita awasi,
Tiap2 bait bicara,
Cuba jaga hati semua,
Agar hati kita juga orang jaga.

Gurauan perlu ada batasnya,
Jangan tersilap memilih kata,
Apatah lagi terkasar bahasa,
Takut hati itu terluka,
Malah juga merobek rasa.

Gurauan itu tanda mesra,
Antara awak dan saya,
Dia mahupun dia.

Andai gurau bawa sengketa,
Mana mungkin gurauan jadi penghubung kita.

Bergurau dengan garis panduannya,
Fikir dulu sebelum berkata-kata,
Barulah jadi pengikat ukhuwah semua.


Sunday 17 June 2012

Rehlah juga Jalan Tarbiyah :)


Rehlah yang bukan tiada apa-apa,
Bukan juga yang sia-sia,
Fizikal dan mental selari dijana,
Ruh tarbiyah juga dibawa,
Tidak sekadar membuang masa,
Atau hanya penat sahaja.

Setiap perkara harus ada matlamatnya,
Paling penting niat kita,
Dan buka hati seluas-luasnya,
Agar tarbiyah dari Allah merasuk ke dalam jiwa,
Tanpa tercicir dan tiada pengecualiannya.

Ukhuwah terjalin ketika rehlah,
Tarbiyah terserap juga dengan rehlah,
Rehlah, ukhuwah dan tarbiyah,
Berkait rapat dengan redha Allah,
Matlamat rehlah tercapai sudah,
Kalau niat kerana Allah,
Usaha dikira disebalik lelah.

Didikan jasmani serta rohani,
Terselit juga ruh-ruh Islami,
Tarbiyah diterima juga diberi,
Lebih tepat istilah berkongsi,
Semoga Allah kira usaha ini :)


Monday 11 June 2012

Muraqib oh Muraqib!!

Muraqib,
Maaflah kalau tercuri masa,
Saya bukan sengaja,
Maaflah jugak kalau buat korang tertunggu lama,
Bukan apa,
Ada alasannya,
Mungkin juga,
Tersorok dari pandangan saya,
Rupanya, "lah, dah ada!".

Muraqib,
Maaflah kalau perlahan gerak langkah saya,
Nak buat macam mana,
Fitrah perempuan la,
Tapi saya akan cuba,
Percepatkan kayuhan kaki saya,
Dengan syarat muraqib tolong saya.
Tolong apa?
Tolong bagitau saya ya!
Kadang tak perasan kelambatannya.

Muraqib,
Maaflah pinjam sedikit tenaga,
Kadang tak dapat nak membalasnya,
Saya tahu saya bukan siapa-siapa,
Bukan ahli keluarga,
Bukan juga orang ternama,
Tapi terima kasih sebab sudi jaga,
Semoga Allah beri balasan setimpalnya :)


Saturday 2 June 2012

Nikmat dibayar dengan pengorbanan.


Tadabbur surah pendek semalam,

namun begitu banyak hikmah yang terkandung di dalam.


Surah Al-Kauthar.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).

[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).


Setiap nikmat Allah yang kita dapat, gunakanlah dengan sebaik-
baiknya.

Bagaimana?

Korbankanlah sesuatu atas ganjaran nikmat itu.

Kerana apa?

Kerana kita hajatkan rahmat dan redha Allah. InsyaAllah.



Pengorbanan perlu ada dalam setiap langkah perjalanan kita 

menuju redha Illahi.

Jalan yang direstui dan dirahmati walau berliku dan beronak duri.


Said Bin Amir.

Seorang sahabat yang

membeli akhirat dengan menjual dunia.

Begitu besar pengorbanannya.

Mampukah kita berkorban sepertinya?

-renungan buat semua-