Tadabbur surah pendek semalam,
namun begitu banyak hikmah yang terkandung di dalam.
Surah Al-Kauthar.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu
(wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat).
[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Setiap nikmat Allah yang kita dapat, gunakanlah dengan
sebaik-
baiknya.
Bagaimana?
Korbankanlah sesuatu atas ganjaran nikmat itu.
Kerana apa?
Kerana kita hajatkan rahmat dan redha Allah. InsyaAllah.
Pengorbanan perlu ada dalam setiap langkah perjalanan kita
menuju
redha Illahi.
Jalan yang direstui dan dirahmati walau berliku dan beronak duri.
Said Bin Amir.
Seorang sahabat yang
membeli akhirat dengan menjual dunia.
Begitu besar pengorbanannya.
Mampukah kita berkorban sepertinya?
-renungan buat semua-
osem! done follow :D heee -tirah
ReplyDelete