Friday 6 July 2012

Tanya Iman, Buat Pilihan.



Kehidupan manusia ada dua kali,
Mati pula hanya sekali,
Jadi kenapa mati sekali itu perlu disia-siakan?
Kenapa hidup pertama kita lupa daratan?
Hidup tanpa manual kehidupan,
Penuh jahiliyah serta tiada tujuan,
Berfoya ke sini dan ke sana,
Seolah tiada kehidupan buat kedua kalinya.

Nikmat dunia tak mahu dilepaskan,
Mencipta berbagai-bagai alasan,
Tak sedar objektif dihidupkan,
Terlalai terleka lupakan Tuhan,
Mengikut nafsu dan jejak langkah syaitan.

Inikah yang kita semua mahukan?
Hidup pertama lalui dengan penuh kemewahan,
Terasa diri berkuasa,
Rasa diri punya segala-galanya,
Tapi bila ajal menjemput,
Menjadi orang paling hina,
Membawa segala kejahatan,
Ke alam hidup seterusnya.

Balasan diberi setimpal perbuatan,
Dosa pahala,
Syurga neraka,
Nikmat atau sengsara,
Semuanya adalah ketentuan dari Tuhan,
Namun letaknya antara dua,
Berada di tangan manusia.

Kehidupan pertama Allah sudah bagi amaran,
Peringatan juga petunjuk jalan,
Al-Quran sebagai manual kehidupan,
Kita hidup diberi pilihan,
Nikmat duniawi atau ukhrawi,
Kanan atau kiri,
Jalan bengkok atau yang lurus.

Tepuk dada tanya iman,
Yang mana satu jadi pilihan,
Sebelum datang ajal kematian,
Sebelum kiamat menjelmakan diri,
Sementara pintu taubat masih terbuka,
Sementara Allah masih boleh bagi keampunan-Nya.

1 comment:

  1. The poem's very AWESOME...nice job and keep it up, Afza Najwa...^_^

    ReplyDelete