Sunday 17 June 2012

Rehlah juga Jalan Tarbiyah :)


Rehlah yang bukan tiada apa-apa,
Bukan juga yang sia-sia,
Fizikal dan mental selari dijana,
Ruh tarbiyah juga dibawa,
Tidak sekadar membuang masa,
Atau hanya penat sahaja.

Setiap perkara harus ada matlamatnya,
Paling penting niat kita,
Dan buka hati seluas-luasnya,
Agar tarbiyah dari Allah merasuk ke dalam jiwa,
Tanpa tercicir dan tiada pengecualiannya.

Ukhuwah terjalin ketika rehlah,
Tarbiyah terserap juga dengan rehlah,
Rehlah, ukhuwah dan tarbiyah,
Berkait rapat dengan redha Allah,
Matlamat rehlah tercapai sudah,
Kalau niat kerana Allah,
Usaha dikira disebalik lelah.

Didikan jasmani serta rohani,
Terselit juga ruh-ruh Islami,
Tarbiyah diterima juga diberi,
Lebih tepat istilah berkongsi,
Semoga Allah kira usaha ini :)


2 comments:

  1. Boleh tak nak rasa terharu? :')
    Jazakillah afza.

    ReplyDelete
  2. lagi menarik bile rehlah,bila sume bertebaran di kawasan kawasan masing masing untuk berdakwah,dan bila berpenat lelah slps buat dakwah, ikhwah ikhwah berjumpa kembali,dan tenaga terkumpul kembali,kemesraan kembali menyapa hati,mashaallah,hikmahnya rehlah

    ReplyDelete