Tuesday 31 December 2013

It's Coming Again!

New Year.
2014

Cepat sahaja masa berlalu,
Adakah aku masih ditakuk yang dulu?
Atau lebih teruk daripada itu?

Tahun baru muncul lagi,
Menjelma tanpa kita sedari,
Namun sudah kita ketahui,
Dengan izin-Nya yang pasti.

Nikmat juga ujian,
Hadapi ia dengan penuh kerendahan,
Kesederhanaan.

Apakah kita bahagia?
Atau tiada rasa?
Tentu ada yang berduka.

Bersyukurlah,
Dalam masa yang sama,
Beringatlah,
Kita tak kan hidup untuk selama-lamanya.

Ingatlah kepada Dia,
Pencipta kita.

Semoga kita sentiasa berada,
Di bawah lembayung kasih dan rahmat-Nya.

Afza Najwa
00:00
01012014
Irbid, Jordan.


Alhamdulillah.
Masih diberi peluang oleh Allah. Untuk beribadat kepada-Nya.
Untuk mencari ruang berbuat kebaikan.
Untuk bertaubat sepuas-puasnya.
Untuk memohon ampun mengharap keredhaan-Nya.



“Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.”

1 comment: