Saturday, 19 January 2013

Goodbye Irbid! Goodbye Jordan!



Esok, 20 Januari 2013, bermulalah pengembaraan saya bersama 3 orang lagi kawan ke United Kingdom atau dikenali juga sebagai England. Kalau dulu, masa zaman kanak-kanak lagi, memang sampai masuk dalam mimpi lah menjejakkan kaki ke London, tapi sekarang, bila dah jadi kenyataan dan akan bertolak dalam masa lebih kurang 24 jam lagi, rasa macam tak percaya. Ada je rasa excited tu tapi masih ada rasa lain sedikit, bukan rasa tak sedap hati, cuma takut, dan kosong yang menyelubungi.

Kalau dulu, bila sebutnya nak pergi jalan, tak kisah la walaupun bukan ke luar negara, mesti rasa happy sangat, tak sabar-sabar menanti harinya, tertunggu-tunggu sambil countdown tiap-tiap masa. Dulu, memang fikir pasal nak enjoy je, nak menikmati keindahan alam dan menimba pengalaman di tempat orang. Tapi, sekarang, sudah berbeza dengan yang dulu. Bila tahu tujuan kenapa kita dilahirkan di bumi ini, rasa gelisah yang bertandang. Takut rasanya jika perjalanan itu nanti tidak menambahkan keimanan, malah mengurangkan lagi iman. Allah! Takutnya :(

Sekarang, apa sahaja yang saya nak buat, mesti dah kena letakkan hadaf supaya tak tersasar, supaya hati lebih tenang, supaya semuanya dipermudahkan oleh Allah. Bukanlah Islam itu melarang kita daripada rasa excited, cuma tujuan kita hidup, tidak lain dan tidak bukan, ialah menjadi abid yang mukmin serta menjadi khalifah di atas muka bumi ini. Rasa excited itu tidaklah dihalang sama sekali cuma mungkin kena berubah sedikit cara kita meluahkannya. Kalau dulu, excited saya kerana apa? Mungkin kerana rasa bangga dapat menjejakkan kaki ke tempat-tempat pelancongan atau mungkin kerana dapat mengisi masa lapang atau kerana itu adalah hobi. Kalau dulu, pergi dan balik adalah kosong walaupun, diisi dengan kenangan dan gelak ketawa, tapi sebenarnya, tidak bermakna.

Kali ini, saya mahukan perjalanan yang lebih bermakna, yang pergi dan balik saya nanti, terisi dengan sesuatu atas dasar cinta kepada Allah. Biar balik nanti, akan bertambah keimanan, biar semasa perjalanan tersebut, Allah mentarbiyah diri ini dan saya terima dengan hati terbuka. Saya mahukan perbezaan. Berbeza dengan saya yang dulu, jadi saya mahu semua yang saya buat sekarang berbeza dengan dulu, dari segi hadafnya, dari segi pelaksanaannya, dan dari segi niatnya.

Bermula pada saat sekarang, niat perlu diperbaharui, hadaf perlu ditetapkan, pelaksanaan perlu disusun atur.
Semoga Allah memberkati perjalanan kami dan semoga Allah permudahkan segala-galanya. In sha Allah.



"Ya Allah! Dengan pertolongan-Mu daku menjelajah dan dengan pertolongan-Mu daku berjalan. Ya Allah! Sesungguhnya daku mohon kepada-Mu akan kebaikan dan ketaqwaan dalam perjalananku ini serta apa yang Dikau redhai dari segala perbuatan. Ya Allah! Permudahkanlah perjalanan kami ini dan perdekatkanlah mana yang jauh."

2 comments: