Allah, rasa syukur yang tidak terhingga. Memang tak
cukup jika
sekadar lafaz Alhamdulillah. Keputusan first exam ni betul-betul
memuhasabah diri. Cukup senang Allah mentarbiyah diri ini. Antara
sedar atau
tidak sahaja.
Kesibukan yang melanda diri, membuatkan
aku kekurangan masa untuk study dan bersedia sepenuhnya menghadapi exam. Jadual
sentiasa padat. Tapi tak pernah rasa nak mengabaikan amanah yang orang dah
beri. Prinsip ini yang aku pegang : “Bersedia untuk bekerja dan menerima kerja
pada bila-bila masa.
Mudahkan kerja orang lain, insyaAllah Allah akan permudahkan
urusan kita. Yang penting, sentiasa yakin bahawa pertolongan dari Allah itu ada
:)”
Berbekalkan semangat dan prinsip diri, aku berjaya mengharungi semuanya. Alhamdulillah. Namun, ada juga tekanan melanda diri. Lemah dan hilang mood macam sudah sebati. Allah-lah tempat mengadu, juga kepada teman yang sudi sediakan bahu.
Exam macam biasa dengan usaha yang tidak seberapa.
Langsung tidak mengharapkan natijah luar biasa. Walau terbatas usaha ke arah
itu, tidak pula aku putus asa untuk terus berharap kepada-Nya.
“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu
urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada
Tuhanmulah engkau berharap.” [Asy-Syarh:7-8]
Berdoa dan bertawakal kepada-Nya tanpa rasa jemu. Buat aku tenang dan tak
gundah tuk dapat result.
Dan benarlah janji Allah itu, Allah akan membantu hamba-Nya yang membantu orang lain. Alhamdulillah :) Over all result aku sangat-sangatlah memuaskan. Mungkin rendah bagi orang lain tapi dah cukup tuk buat aku tersenyum.
P/s : Point paling penting kat sini ialah kita
yakinlah dengan janji
Allah dan pertolongan Allah itu pasti akan datang. Jangan
ragu-ragu
lagi tentang itu. Tapi tak bermakna kita boleh lepas tangan tuk berusaha. Usaha itu yang paling utama, natijahnya biarlah Allah yang tentukan.
Setimpal atau tidak dengan apa yang kita lakukan, semuanya di bawah kekuasaan
Allah. Lepas usaha, doa dan
tawakal jangan lupa^^
No comments:
Post a Comment