Sunday, 25 November 2012

Terkadang Tersungkur




Kalau benar diri ini salah, 
maka tegurlah dan bimbinglah. 
Bukan menghukum, 
apatah lagi menjaja cerita di belakang saya.
Kerana diri ini kadangkala alpa, 
tenggelam dalam keasyikan dunia, 
tak sedar di mana silapnya.

Ingin sekali diri ini berubah,
membuang segala kejahiliyan,
tapi bagaimana?
Jika tohmahan dan buruk sangka,
acapkali menjadi halwa telinga,
melemahkan saya,
menggoyahkan jiwa.

Ya!
Diri ini mengakuinya sebagai balasan,
juga menjadi ujian,
atas mujahadah yang ingin dilakukan.
Tapi kerana diri ini manusia biasa,
kadangkala sukar untuk menerima,
pahitnya satu perjalanan.

Bantulah diri ini,
yang sering tersungkur dalam perjuangan sendiri.

Wednesday, 7 November 2012

Janji Allah Itu Benar





Allah, rasa syukur yang tidak terhingga. Memang tak cukup jika
sekadar lafaz Alhamdulillah. Keputusan first exam ni betul-betul
memuhasabah diri. Cukup senang Allah mentarbiyah diri ini. Antara 
sedar atau tidak sahaja. 


Kesibukan yang melanda diri, membuatkan aku kekurangan masa untuk study dan bersedia sepenuhnya menghadapi exam. Jadual sentiasa padat. Tapi tak pernah rasa nak mengabaikan amanah yang orang dah beri. Prinsip ini yang aku pegang : “Bersedia untuk bekerja dan menerima kerja pada bila-bila masa.
Mudahkan kerja orang lain, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita. Yang penting, sentiasa yakin bahawa pertolongan dari Allah itu ada :)”

Berbekalkan semangat dan prinsip diri, aku berjaya mengharungi semuanya. Alhamdulillah. Namun, ada juga tekanan melanda diri. Lemah dan hilang mood macam sudah sebati. Allah-lah tempat mengadu, juga kepada teman yang sudi sediakan bahu. 


Exam macam biasa dengan usaha yang tidak seberapa. Langsung tidak mengharapkan natijah luar biasa. Walau terbatas usaha ke arah itu, tidak pula aku putus asa untuk terus berharap kepada-Nya.

“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” [Asy-Syarh:7-8]


Berdoa dan bertawakal kepada-Nya tanpa rasa jemu. Buat aku tenang dan tak gundah tuk dapat result. 


Dan benarlah janji Allah itu, Allah akan membantu hamba-Nya yang membantu orang lain. Alhamdulillah :) Over all result aku sangat-sangatlah memuaskan. Mungkin rendah bagi orang lain tapi dah cukup tuk buat aku tersenyum.


P/s : Point paling penting kat sini ialah kita yakinlah dengan janji 
Allah dan pertolongan Allah itu pasti akan datang. Jangan ragu-ragu
lagi tentang itu. Tapi tak bermakna kita boleh lepas tangan tuk berusaha. Usaha itu yang paling utama, natijahnya biarlah Allah yang tentukan. Setimpal atau tidak dengan apa yang kita lakukan, semuanya di bawah kekuasaan Allah. Lepas usaha, doa dan
tawakal jangan lupa^^