Tuesday, 31 January 2012

Ujian Datang Lagi... MasyaAllah!!

Terkejut..
Sedih..

Allah terus-terusan menguji diri ini
Ya Allah,
Aku pohon agar diberi kekuatan
Tabahkanlah hati ini
Supaya aku redha dengan takdir-Mu
Aku masih menunggu keputusan
bukan bermakna aku tidak percaya
cuma mengharapkan sesuatu yang lebih baik
Hamba-Mu ini
insan yang lemah
tidak mampu menahan kesedihan.

Air mataku akhirnya menitis jua..

"...Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya)..." [Al-Anbiya':35]
aku tak keseorangan
kerana ALLAH sentiasa meneman
ke hujung dunia aku berjalan
tetap di sisi tidak berniat untuk meninggalkan
walaupun aku dalam kelam kegelapan
Dia sentiasa ada meneman
Jikalau aku dalam kesenangan
Pasti Dia ada untuk berkongsi kegembiraan
Apatah lagi bila aku dalam kesusahan
Dia pasti menghulurkan bantuan
Menjadi tempat perkongsian
Mendengar dengan penghayatan
Walaupun Dia Maha Pengetahuan
Dia memberi sejuta ketenangan
Memberi sejuta pengharapan
 
so,
Afza Najwa..
berfikiran positiflah ea!!
jadilah
seorang yang
lebih optimis!
ok??


Allah lebih mengetahui,
Allah Maha Bijaksana,
pasti ada hikmah
di sebalik apa yang berlaku.. ^^

Walau apa jua yang terjadi,
ukirkanlah senyuman :)
InsyaAllah..


No comments:

Post a Comment