Tuesday, 31 January 2012

Ujian Datang Lagi... MasyaAllah!!

Terkejut..
Sedih..

Allah terus-terusan menguji diri ini
Ya Allah,
Aku pohon agar diberi kekuatan
Tabahkanlah hati ini
Supaya aku redha dengan takdir-Mu
Aku masih menunggu keputusan
bukan bermakna aku tidak percaya
cuma mengharapkan sesuatu yang lebih baik
Hamba-Mu ini
insan yang lemah
tidak mampu menahan kesedihan.

Air mataku akhirnya menitis jua..

"...Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian (yang sebenar-benarnya)..." [Al-Anbiya':35]
aku tak keseorangan
kerana ALLAH sentiasa meneman
ke hujung dunia aku berjalan
tetap di sisi tidak berniat untuk meninggalkan
walaupun aku dalam kelam kegelapan
Dia sentiasa ada meneman
Jikalau aku dalam kesenangan
Pasti Dia ada untuk berkongsi kegembiraan
Apatah lagi bila aku dalam kesusahan
Dia pasti menghulurkan bantuan
Menjadi tempat perkongsian
Mendengar dengan penghayatan
Walaupun Dia Maha Pengetahuan
Dia memberi sejuta ketenangan
Memberi sejuta pengharapan
 
so,
Afza Najwa..
berfikiran positiflah ea!!
jadilah
seorang yang
lebih optimis!
ok??


Allah lebih mengetahui,
Allah Maha Bijaksana,
pasti ada hikmah
di sebalik apa yang berlaku.. ^^

Walau apa jua yang terjadi,
ukirkanlah senyuman :)
InsyaAllah..


JADIKAN TULISANMU ITU SATU DAKWAH!!

"Untungla~~,"
komen seorang kawan..
"Apa yg untungnya?"
balasku.
"Untung sebab pandai menulis dan berpuisi.."


Alhamdulillah :)
Allah bagi kelebihan ini pada saya..
setiap manusia tu ada kelebihan yg tersendiri..

so,semua org patut rasa beruntung sbb Allah beri nikmat tu ;)
Bila terbaca ayat ni...

Saya baru sedar kewajipan saya
sebagai seorang penulis..

"Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah Kamu lupakan bahagianmu di dunia."
[Al-Qasas:77]

Sejak itu,
saya berpegang dengan prinsip
seorang penulis hebat
yang tidak asing lagi
di bumi Irbid ini..

"Jadikanlah tulisan itu karya yang islamik dan tarbawi"
-HILAL ASYRAF-

(PUISI CUBAAN)
Jika engkau ingin kebahagiaan
Carilah dalam diri sendiri
Hapuskan segala belukar pada jiwamu
Hulurkan tanganmu untuk sebuah cinta
Luaskan jiwamu dengan lautan kemaafan
Tanamkan sedalamnya nafsu kesombongan di bumi kerendahan
Telanlah kepahitan dengan kesabaran
Hilangkan kebimbangan dengan tawakal
Pecahkan dengkimu dengan syukur
Padamkan kekecewaan dengan kerahmatan
Tutuplah sejarah hitam, melangkahlah ke arah ar-Rahman
Ubatilah kegagalan dengan hikmah
Ketakutan hendaklah dihapuskan dengan keberanian
Cintamu serahkan pada Allah dan Rasul
Hidupkan keikhlasan dalam jiwamu
Pasti mengalir dalam jiwa, kebahagiaan dari Tuhanmu!

:)

Monday, 30 January 2012

O' Allah, You have a bigger plan for me right?? ;)

Bila dengar perkataan salji, semua orang teruja including myself :)
But then, lepas dapat tahu yg kitorang tak jadi pergi ke Turki,
I was stunned..
Terus hilang mood, even semua orang excited pergi ke Ajloun & Mu'tah 
yg sdg dihujani salji.
"Sedih tapi bersabarlah wahai hati,
Yakinlah bahawa apa yg berlaku tu pasti ada hikmahnya..
Ya Allah, Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan..
InsyaAllah..
إن الله مع الصابرين"

Ayat ini kutitipkan buat diri sendiri,
agar redha dengan ketentuan Illahi :)

Alhamdulillah,
Allah Maha Adil,
Maha Penyayang..


Tiba2 terjumpa sisa salji otw nak pergi Petra :D

Walaupun tak dapat merasai salji yang fresh, hehe... tapi kira ok lah kan?? At least, it makes me happy..
Terima kasih kepada Jannah dan Aufa yg menjayakan jaulah kita ni.. Kalau tak, moody sampai sem 2 la jawabnya..huhu~