Thursday, 24 October 2013

Kisah Duit Syiling



Duit syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.


Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri, ke kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan meletakkannya ke dalam poket seluar.



Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
'Rezeki aku !' Kata lelaki itu dalam hati .



Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.



Sebenarnya, ketuanya mahu memanggil dia. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.



Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.



Sayangnya, sehingga habis duit syiling dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.



Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.



Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.



Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.



Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyaknya kepada kita.



Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.



Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Pencipta kita.

Monday, 14 October 2013

Aidiladha


Memang lama sangat dah tak update blog ni.
Haish. Seronok sangat agaknya masa raya aidilfitri hari tu.
Plus busy. Pffft.

So, sekarang dah sampai detik untuk aidiladha pulak.
And i think i should share something macam yang dah selalu saya buat, walaupun kadang-kadang banyak merepek.
Sorry guys!



Apa yang menarik tentang aidiladha?
Jawapannya qurban.

Banyak sangat kisah qurban dalam al-qur'an, and kita tafsirkan juga qurban ini sebagai pengorbanan.

Saya bawakan contoh kisah Nabi Ibrahim a.s yang diuji oleh Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
Ada diceritakan di dalam Surah As-Saffat ayat 100 - 113.

Maka seharusnya tujuan seseorang berqurban adalah kerana percaya kepada Allah, pada apa yang telah dilakukan-Nya serta memohon pengampuan dari-Nya.


Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kerpada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syi`ar agama Allah untuk kamu
 pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya)
 ketika ia berdiri, maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya,
 dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami
mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur. [Al-Hajj : 36]


Daging dan darah binatang qurban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai
kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu
 bagi kamu supaya kamu mengagungkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira
(dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. [Al-Hajj : 37]


And lastly,
nak share puisi ni.

Ibu kota sunyi sepi,
Tiada hiruk-pikuk dan lagu raya,
Dentuman mercun apatah lagi, 
Segala-galanya tiada.

Satu nikmat pada yang tiada,
Aidiladha tiba tanpa hiburan dan pesta,
Hanya takbir dan solat di hening Dhuha,
Serta, ibadah korban sesama kita.

Itulah makna sebuah hari raya,
Hari mengagungkan Allah dan membesarkan-Nya,
Bahkan hari berebut pahala,
Bukan hari melakar dosa.

Ku panjatkan syukur pada-Mu Ya Allah,
Aidiladha masih terpelihara,
Jauh daripada maksiat dan dosa,
Moga kekal begitu hendaknya.

Selamat Hari Raya Aidiladha daripada saya,
Nur Afza Najwa binti Abd. Hamid,
Pelajar Jurusan Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Islam,
Tahun 3,
Universiti Yarmouk, Jordan.