Aku tak keseorangan
kerana ALLAH sentiasa meneman
ke hujung dunia aku berjalan
tetap di sisi tidak berniat untuk meninggalkan
walaupun aku dalam kelam kegelapan
Dia sentiasa ada meneman
Jikalau aku dalam kesenangan
Pasti Dia ada untuk berkongsi kegembiraan
Apatah lagi bila aku dalam kesusahan
Dia pasti menghulurkan bantuan
Menjadi tempat perkongsian
Mendengar dengan penghayatan
Walaupun Dia Maha Pengetahuan
Dia memberi sejuta ketenangan
Memberi sejuta pengharapan
Aku suka bercerita
Dia mendengar dengan gembira
Aku suka meminta
Dia memberi apa saja
Apa yang aku minta
Pasti akan ditunaikan-NYA
Kekadang terus ditunaikan-NYA
Tapi kadangkala ditangguhkan dulu untuk sementara
Bukan kerana terlupa
Tapi untuk menguji aku sebagai hamba-NYA
Ada ganjaran di akhirat nanti
Kalau itu terjadi
Aku minta sabar diberi
Pasti Dia akan bagi
Aku pasti
Dia kuat memberi janji
Tapi Dia juga menepati
Tak pernah sekali Dia ingin mungkiri
Janji antara aku dengan Dia yang telah terpatri
Merindui Mu bukan perkara sia-sia
Mencinta Mu takkan bertemu kecewa
Menyayangi Mu selalu diulit bahagia
Aku gembira
Aku cinta ALLAH
Aku rindu ALLAH
Aku sayang ALLAH
Namun aku pasti,
Kasih dan sayangku masih terbatas
Kerna aku cuma hamba yang kerdil
Ya Rahman,
Maafkan aku kerana kadangkala aku terlupa
Aku alpa
Kerana aku manusia biasa
tapi juga yang pasti
Aku tidak akan kesepian
kerana Allah sentiasa menjadi peneman.