Thursday, 10 January 2013

Salji! Satu Lagi Nikmat =)




Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah :)
It's snowing here, in Irbid!!!
In front of my eyes. Speechless. Unbelievable.
Watching snowflakes falling from the sky was always become my dream.
But never thought it would become true.
Seriously, can't express my feeling. 






After all excitement that we (my housemates and I) had,
enjoying the beautiful scenery, enjoying the snow, enjoying the feeling of being oversea,
we chose to enjoy a beautiful verse from the Qur'an ^^
"Do you not see that Allah makes the clouds move gently, then joins them together, then piles them up in masses, then you see the rain coming from inside them? He also sends down hail from the clouds that look like mountains in the sky, afflicting therewith whom He wills and turning it away from whom He pleases."
[24:43]


This is awesome right? 


Just want to share some other pictures. 
*menikmati keindahan ciptaan Allah*






Say Subhanallah ^-^

One video to share ;)




Melihat orang lain gembira dengan snowman mereka, sudah cukup untuk buat saya tersenyum bahagia =)



Sunday, 30 December 2012

Dilema Tahun Baru




Dulu, bila dah sampai hujung tahun,
mesti rasa excited sangat.
Tak sabar nak jumpa tahun baru,
sebab selalunya semua benda akan bertukar baru,
azam pun azam baru :)

Sekarang...
bukan sahaja tak seronok,
malahan bimbang dan sedih.
Agak-agaknya azam kita tahun ni dah tercapai ke?
Adakah semakin bertambah umur kita semakin bertambah juga amalan?
Betul ke tahun ni, kita adalah lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya?
Dan paling penting sekali,
betul ke kita dah benar-benar bersedia untuk menghadapi tahun baru?

Namun,
walau berapa banyak pun persoalan yang timbul,
tahun baru tetap akan datang.
Kedatangannya tak boleh dihalang, kecuali dengan izin-Nya.

Walaupun kita tak tahu sama ada kita akan merasai tahun baru atau tidak,
kita masih perlu buat perancangan,
masih perlu tetapkan misi,
sebagai persediaan menghadapi tahun baru.

Masih ada masa untuk kita muhasabah,
apa yang telah kita lakukan sepanjang tahun ini.
Istiqomah pada perkara yang baik,
Mujahadah tuk tinggalkan perkara tak baik.

Nampak macam simple dan dah biasa dengar,
tapi itulah hakikatnya.
Yang paling penting sekali, 
betul-betullah berazam untuk mencapai azam kita pada tahun baru nanti.


Let us open the new leaves.

Yang dah lepas, kita jadikan iktibar dan pengajaran.
Yang bakal datang, kita hadapi dengan lebih baik.

Tuesday, 25 December 2012

Mati Itu Pasti




 24-12-2012
Tarikh yang begitu memberi kesan kepada saya.
Masa seakan berhenti. Badan bagaikan diikat.
 Jantung bagaikan berdegup seperlahan yang mungkin.
Tersentap perasaan, namun hanya lafaz  (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ)
yang terlahir dari mulut.


Rasa sedih, tapi entah kenapa air mata langsung tidak menitis walau
 sedikit.

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya dia kembali dan kepada-Nya juga kami semua akan kembali.
Ya Allah! Masukkanlah sahabatku ke dalam golongan yang mendapat rahmat-Mu."


Ya, dia dah pergi buat selamanya! *tampar pipi*
Menerima hakikat. 
Dah tiba masa dia. Kita hanya mampu merancang, tapi Allah jualah yang menjadi penentu.
Dan kepada-Nya jualah kita semua akan kembali.

Mati itu pasti. 
Cuma masanya kita tidak tahu bila.

*pembetulan pada gambar : [3:185]

Tipulah kalau saya kata saya tak sedih, 
kerana kenangan yang tercipta,
kini terimbas kembali,
satu demi satu.

Akhirnya, air mata yang seolah tertahan, kini mengalir laju.
Tak dapat jumpa arwah buat kali terakhirnya.
Hanya doa yang mampu saya titipkan.
Semoga digolongkan bersama orang yang soleh dan beriman. 
In sha Allah.

Sudah tiba masa dia, bila agaknya masa kita? Sudah bersediakah
 kita untuk itu?
-muhasabah-

AL-FATIHAH

Sunday, 25 November 2012

Terkadang Tersungkur




Kalau benar diri ini salah, 
maka tegurlah dan bimbinglah. 
Bukan menghukum, 
apatah lagi menjaja cerita di belakang saya.
Kerana diri ini kadangkala alpa, 
tenggelam dalam keasyikan dunia, 
tak sedar di mana silapnya.

Ingin sekali diri ini berubah,
membuang segala kejahiliyan,
tapi bagaimana?
Jika tohmahan dan buruk sangka,
acapkali menjadi halwa telinga,
melemahkan saya,
menggoyahkan jiwa.

Ya!
Diri ini mengakuinya sebagai balasan,
juga menjadi ujian,
atas mujahadah yang ingin dilakukan.
Tapi kerana diri ini manusia biasa,
kadangkala sukar untuk menerima,
pahitnya satu perjalanan.

Bantulah diri ini,
yang sering tersungkur dalam perjuangan sendiri.

Wednesday, 7 November 2012

Janji Allah Itu Benar





Allah, rasa syukur yang tidak terhingga. Memang tak cukup jika
sekadar lafaz Alhamdulillah. Keputusan first exam ni betul-betul
memuhasabah diri. Cukup senang Allah mentarbiyah diri ini. Antara 
sedar atau tidak sahaja. 


Kesibukan yang melanda diri, membuatkan aku kekurangan masa untuk study dan bersedia sepenuhnya menghadapi exam. Jadual sentiasa padat. Tapi tak pernah rasa nak mengabaikan amanah yang orang dah beri. Prinsip ini yang aku pegang : “Bersedia untuk bekerja dan menerima kerja pada bila-bila masa.
Mudahkan kerja orang lain, insyaAllah Allah akan permudahkan urusan kita. Yang penting, sentiasa yakin bahawa pertolongan dari Allah itu ada :)”

Berbekalkan semangat dan prinsip diri, aku berjaya mengharungi semuanya. Alhamdulillah. Namun, ada juga tekanan melanda diri. Lemah dan hilang mood macam sudah sebati. Allah-lah tempat mengadu, juga kepada teman yang sudi sediakan bahu. 


Exam macam biasa dengan usaha yang tidak seberapa. Langsung tidak mengharapkan natijah luar biasa. Walau terbatas usaha ke arah itu, tidak pula aku putus asa untuk terus berharap kepada-Nya.

“Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” [Asy-Syarh:7-8]


Berdoa dan bertawakal kepada-Nya tanpa rasa jemu. Buat aku tenang dan tak gundah tuk dapat result. 


Dan benarlah janji Allah itu, Allah akan membantu hamba-Nya yang membantu orang lain. Alhamdulillah :) Over all result aku sangat-sangatlah memuaskan. Mungkin rendah bagi orang lain tapi dah cukup tuk buat aku tersenyum.


P/s : Point paling penting kat sini ialah kita yakinlah dengan janji 
Allah dan pertolongan Allah itu pasti akan datang. Jangan ragu-ragu
lagi tentang itu. Tapi tak bermakna kita boleh lepas tangan tuk berusaha. Usaha itu yang paling utama, natijahnya biarlah Allah yang tentukan. Setimpal atau tidak dengan apa yang kita lakukan, semuanya di bawah kekuasaan Allah. Lepas usaha, doa dan
tawakal jangan lupa^^

Friday, 19 October 2012

Nikmat Masa Lapang



Nikmat masa lapang,
Acapkali kita terlepas pandang,
Tiap detik jadi gersang,
Diisi dengan perkara kering-kontang.

Masa itu dibiarkan begitu sahaja,
Tersia tanpa pengisian sepatutnya,
Tidak kita sedari pemergiannya,
Masa yang beharga,
Berlalu meninggalkan kita.

Tidak boleh disia-siakan,
Nikmat yang telah Allah berikan,
Isilah dengan pelbagai kebaikan,
Bagi menampung segala kekurangan,
Yang sering kita lakukan,
Pada waktu kesibukan.

Penuhilah masa lapang yang ada,
Dengan perkara membasahkan jiwa,
Memantapkan kefahaman dan iman juga,
Supaya Allah memberkati,
Tiap detik masa kita.

Tuesday, 2 October 2012

Bermaafanlah



Akhlak Nabi Muhammad s.a.w adalah cerminan Al-Quran dan contoh terbaik yang perlu diteladani. Tapi, cuba tanya pada diri, setakat manakah keperibadian unggul Baginda diikuti?

Amat sukar untuk menjernihkan hati, mengikis tompok-tompok hitam yang mencemar keperibadian. Seringkali keegoan membohongi diri; menyatakan kitalah orang yang paling baik, benar, pandai dan betul.

Namun akuilah, kita hanya manusia biasa yang pasti ada kelemahan dan kekurangan diri. Walaubagaimanapun, Allah s.w.t membekalkan manusia dengan akal yang mengangkat kita ke tahap lebih tinggi berbanding makhluk-makhluk ciptaan-Nya yang lain.

Akal berbekal iman, berkuasa mengawal nafsu dan keinginan, menundukkan keegoan serta menangkis godaan syaitan.

Allah s.w.t boleh memberikan keampunan dan kemaafan kepada sesiapa sahaja yang Dia mahukan dengan kemuliaan dan kasih sayang-Nya, kenapa tidak kita?

"Sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim."
[Asy-Syura : 40]

Tidak dinafikan bahawa terkadang amat sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain. Terutamanya orang orang-orang yang pernah menzalimi dan menindas kita. 

Barangkali amat berat untuk dimaafkan dan dilupai. Namun, Allah s.w.t yang Maha Mengetahui menawarkan perkara yang lebih hebat daripada itu, iaitu dengan memberikan jaminan pahala.

Berilah maaf walau tidak dipinta. Hal ini kerana, diri kita akan menghampiri taqwa sekaligus mendekatkan diri kepada-Nya.

"Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan itu lebih hampir kepada taqwa."
[Al-Baqarah : 237]


Walaupun anjuran di dalam Al-Quran hanya tertumpu kepada menghulurkan kemaafan, ini tidak bermakna bahawa kita tidak perlu meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan dan kesalahan.

 Mintalah maaf sebelum terlambat.
Oleh itu, andai kita diuji dengan kejahatan orang lain, kita perlulah bersabar dan redha.

Ayuh kita insafi diri dan jernihkan hati, sujudlah kepada-Nya, beristighfar dan pohonlah keampunan-Nya serta maafkanlah semuanya. InsyaAllah, hati lebih tenang dan bahagia =)