Friday, 13 January 2017

Janji Kala Senja



Masihkah kau ingat?
Dalam diam, kau termangu,

Sinar jingga dibatas langit memaku pandangmu,
Tika kau berjanji padaku,
Walau apa jua berlaku,
Kita akan tetap bersahabat,
Dan mentari senja terbenam bersama janjimu.


Jangan salahkan awan yang menggelayut dalam angan,
Usah pula memaki mentari sekadar fantasi dan ilusi,

Usah lagi menerka semerta,
Menyimpulkan aksara dari satu sisi saja,
Kerna aksara dan kata semata,
Sekadar luahan tanpa makna,
Bila waktu berpaling memeluk diri,
Mentari kan tetap berseri di keindahan pagi.

Monday, 17 August 2015

The Past

Sorry for my-almost-a-year-disappearance. Heh (ada ke yang jadi reader tetap lol)

Okay, back to the tittle.
Semua orang dalam dunia ni, bila dah grown-up, sure akan ada past.
The different is the bad and the good.
Ada orang yang memang tak perlu risau sebab life dia so smooth, dari kecik sampailah besar.
And no one akan point out how her/his past.
Or maybe jugak ada yang have bad past, tapi nobody really cares or surrounding yg cool and macho tak suka nak point out benda yang dah lepas.
But I have a different one. 
The bad past, the bad surrounding and the bad mouth. 
Sure ada jugak yang the same with me, right?

I know, I'm not a really good person. 
But come on, people can change, sebab yang pegang hati kita2 ni is Allah. 
Maybe ada orang akan cakap, "cakap nak berubah tapi sekarang pun sama je."
And yang bercakap tu bukan yang pernah kenal dari masa past sampai sekarang pun. Heh!

Berubah tu perlukan masa dan peringkat, bukannya secara all for once.
Bila someone nak berubah, dia perlukan courage, bukan the bad mouth.
And I need that courage, the support. I don't need any judgement and bad talks.
Because you have no rights untuk talk bad about others.

For whom yang cuba buka my aib, I'm doing fine regardless of how inappropriate your words are.

For those yang ada bad past, don't feel bad about it, there's still time to change for the better.



Look forward with no regret as the past is just a lesson.

Thursday, 16 October 2014

Sabar & Redha


Kita, manusia, sentiasa merancang untuk kehidupan. 
And of course it has to be good, right?
But at the same time, kita tahu je yang plan kita tak kan jadi perfect.

Allah already made a plan on us. 
We really have to accept it with an open heart,
because that's called qada' and qadar.

But if something bad happen to us,
tipulah kan kalau dengan senang hati nak terima.
That's another things.
Sabar dan redha.

Apa beza sabar dan redha?

Sabar is when something happen, we can endure our feelings at that time.
Which most of us, insya-Allah boleh buat.
Tapi, redha is another special thing.
Redha is accepting the thing that happen plus the consequences.
We are not going to attach with the feeling of unlucky or getting hard to forgive the people.
Yang ni selalu susah, sebab rasa marah and attach dengan things.

Sebab tu, kita sentiasa kena ada perasaan bersedia menerima sesuatu unexpectedly.
Ajar diri untuk redha walaupun susah.
Ingatlah!
Ganjaran 'di sana' nanti lagi besar :)

Saturday, 24 May 2014

Kesedaran

Satu semester tak update blog.
Konon study hard la tu. Heh -.-
Tapi memang semester ni rasa paling banyak cabaran.
Cabaran study syair-syair arab.
Cabaran terima jawatan.
Cabaran nak deal dengan orang.
Cabaran nak jaga perasaan orang dan diri sendiri.
And macam-macam lagi.

Dalam kesibukan semester ni, Alhamdulillah, masih lagi diberi peluang dan ruang untuk hadir ke beberapa program yang menyentuh isu-isu kemanusian.
Palestin, Syria dan lain-lain.



Kita selalu hidup dalam kemewahan dunia dan kenikmatan yang melimpah ruah sampai kadang-kadang kita selalu lupa kepada yang kurang bernasib baik.

So, how nak timbulkan kesedaran?

Yang pertama,
Sentiasa merasai kewujudan Allah dalam setiap perbuatan kita.
Bila kita ingat Allah, automatically kita akan ingat kepada ciptaan Dia selain dari diri kita.
Kemudian lahirlah rasa kesyukuran dengan apa yang kita ada.
Dan timbullah kesedaran untuk membantu mereka.

Yang kedua,
Kena keluar dari kebiasaan kita, barulah kita akan merasai sensitiviti atas sesuatu perkara, kita akan lebih menghargai apa yang kita ada.
So, kalau ada program-program sukarelawan, sangatlah digalakkan untuk kita join.
Then we'll realize there's a big difference between our lives and others who are in need.

Tapi, before join sukarelawan yang besar tu.
Check ourselves first.
Diri sendiri dah settle ke belum?
Kalau belum, then we should help ourselves first.
Macam mana?
Sukarela dalam membuang jahiliyah dalam diri kita.
Ya, i know. It's the hardest part right?
But we have to :)
Because it's the most important step.

Come on people, let's change for the better.
And let's help the needy ;)

Tuesday, 31 December 2013

It's Coming Again!

New Year.
2014

Cepat sahaja masa berlalu,
Adakah aku masih ditakuk yang dulu?
Atau lebih teruk daripada itu?

Tahun baru muncul lagi,
Menjelma tanpa kita sedari,
Namun sudah kita ketahui,
Dengan izin-Nya yang pasti.

Nikmat juga ujian,
Hadapi ia dengan penuh kerendahan,
Kesederhanaan.

Apakah kita bahagia?
Atau tiada rasa?
Tentu ada yang berduka.

Bersyukurlah,
Dalam masa yang sama,
Beringatlah,
Kita tak kan hidup untuk selama-lamanya.

Ingatlah kepada Dia,
Pencipta kita.

Semoga kita sentiasa berada,
Di bawah lembayung kasih dan rahmat-Nya.

Afza Najwa
00:00
01012014
Irbid, Jordan.


Alhamdulillah.
Masih diberi peluang oleh Allah. Untuk beribadat kepada-Nya.
Untuk mencari ruang berbuat kebaikan.
Untuk bertaubat sepuas-puasnya.
Untuk memohon ampun mengharap keredhaan-Nya.



“Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.”

Friday, 22 November 2013

I Want To Be Able To Breathe Again

"When you tell a lie, you steal someone's right to the truth. When you cheat, you steal the right to fairness. There is no act more wretched than stealing." [The Kite Runner] At this point, I really don't know what actually happen to me.
But I do believe, telling lies or cheating doesn't make me happy at all.
Before this, I was cheating. A lot.
Towards myself.

For what?
To comfort others.
Yes. Absolutely.

Then I realize, I was happy outside, but not inside.
I was struggling with my heart and emotions.
And of course, sometimes, I felt the burden.
I cried all the time when I was alone.
Because I was holding it all by myself.
Sure, I'm not that strong.

One day, 
I took all my courages,
to let it out.
To tell the truth.
Even I know, I'll make others sad.

Maybe, they hate me.
After I told them the truth.

"Strangely, I was glad that someone knew me for who I really was; I was tired of pretending."




"I wanted that, to move on, to forget, to start with a clean slate. I wanted to be able to breathe again."

That's what I want.
And now, I feel free.
But to be honest, I still think about the others.
It just me.
Worrying much, and trying to be as good as I can to make others satisfy.
To make them happy.
"But I would stand my ground, I decided."

Anyways,
I already make the huge step.
And I promise myself that I'll never hide anything again. I'll never cheat on myself again.

I know it is wrong, but I just don’t belong in their eyes, in the sun No I just don’t belong

Thursday, 24 October 2013

Kisah Duit Syiling



Duit syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu, tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama, tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.


Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri, ke kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengannya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan meletakkannya ke dalam poket seluar.



Tidak lama kemudian, lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
'Rezeki aku !' Kata lelaki itu dalam hati .



Lelaki itu tidak sedar, logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.



Sebenarnya, ketuanya mahu memanggil dia. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan, cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.



Namun, jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah, ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.



Sayangnya, sehingga habis duit syiling dibaling ke bawah, lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.



Lantas, ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.



Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu. Setelah merasa sakit, lelaki itu mendongak ke atas, melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.



Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.



Sahabat sekalian, Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ), rahmat atau kesenangan yang tidak terkira banyaknya kepada kita.



Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi, acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.



Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu, barulah kita teringat untuk mendongak, menadah tangan untuk bersyukur mengingati Pencipta kita.